Gempa bumi 2009 Universitas_Andalas

Pada 30 Oktober 2009, gempa bumi berskala 7.6 richter memusnahkan 1000 bangunan penting di Padang dan lebih 4000 orang terbunuh atau terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Ia terletak di kawasan berbukit Limau Manis, Pauh. Luasnya 500 hektar itu. Kerosakan kecil berlaku pada bahagian bumbung sebuah bangunan. Kerja membersih serpihan batu masih dilakukan di dalam dan luar Fakulti Undang-undang. Kuliah masih ditangguhkan. Kampus Fakulti Kedoktoran yang terletak 15 km dari kampus induk, kelihatan kerja-kerja membersih sisa runtuhan diangkut untuk dibawa keluar dengan menaiki lori. 20 % bangunan dikira terjejas oleh gempa bumi. Bangunan lain masih ukuh dan utuh. Akibat kerosakan pada infrastruktur universiti, sebahagian besar daripada 330 pelajar Universitas Andalas (Unand), Padang, Indonesia yang terbabit dalam kejadian gempa bumi baru-baru ini, berhasrat untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) Malaysia.[1]